Selamat Datang!

Selamat Datang di Ah! Baru tahu!

web yang membahas Xenology, dan disadur dari forum terbesar di Indonesia Kaskus.us

Xenology (from Greek language xenos = "foreign, guest" and λογος (logos) = "word") denotes research or information about foreign, alien, secret or generally unknown things. One who studies xenology is a xenologist

Tags

Randomization


Untuk semua postingan Feed

Minggu, 31 Mei 2009

Eldorado

Originally posted by samanosuke20 

ttg el dorado...

Mitos bermula pada tahun 1530 di Andes (kini dikenali sebagai Kolombia), di mana conquistador Gonzalo Jiménez de Quesada menemui Muiska (1537), sebuah negara modern di Kundinamarka dan tanah tinggi Boyacá di Kolombia. Cerita tentang ritual-ritual Muiska adalah berasal dari daerah Quito yg didirikan oleh Sebastian de Belalcazar, bercampur dengan desas-desus lain, timbul pula legenda El Dorado, Lelaki Keemasan— el indio dorado, orang India keemasan, dan el rey dorado, Raja Emas. Apabila dipikirkan sebagai sebuah tempat, El Dorado menjadi sebuah negara, satu empayar, kota ini terkenal dgn raja keemasan.

Cerita asalnya boleh dijumpai dalam sejarah yg terputus-putus, El Carnero, oleh Juan Rodriguez Freyle. Menurut Freyle, raja atau ketua sami Muiska dikatakan telah ditutupi dengan debu emas secara ritual dalam satu perayaan keagamaan yang diadakan di Danau Guatavita, Bogotá.



Dalam tahun 1636 Juan Rodriguez Freyle menulis sebab-sebabnya, dan dialamatkan kepada kawannya Don Juan, cacique atau gubernur Guatavita:

Majlis berlangsung pada upacara perlantikan seorang pemerintah baru. Sebelum mengambil alih kuasa, seseorang lelaki itu akan meluangkan masa berseorangan di dalam sebuah gua, tanpa wanita-wanita, dilarang untuk makan garam dan lada hitam, atau keluar pada waktu siang. Tantangan pertama buat lelaki tersebut ialah pergi ke danau besar di Guatavita, untuk membuat tawaran dan pengorbanan untuk hantu yang mereka puja sebagai tuhan. Semasa upacara yang berlangsung di danau tersebut, mereka membuat sebuah rakit dengan tergesa-gesa, mencantikkan dan menghiasnya dengan kebanyakan benda menarik yang mereka punya. Mereka meletak empat cahaya api (braziers) yang dibakar menggunakan moque iaitu merupakan kemenyan tradisional mereka, dan juga damar dan wangi-wangian lain. Danau tersebut besar dan dalam, jadi kapal mereka dapat belayar di situ. Kapal tersebut penuh dengan lelaki dan perempuan yang berpakaian bagus, plak-plak emas serta mahkota... Kemudian, apabila api diatas rakit rakit mula membakar kemenyan, mereka akan menyalakan api (braziers) di pantai, agar asapnya dapat menyembunyikan cahaya matahari.

Pada masa ini mereka menanggalkan pakaian bakal raja tersebut dan kulitnya disapukan dengan tanah melekit yang ada debu emas. Jadi, dia ditutupi sepenuhnya dengan logam ini. Mereka meletakkannya di atas rakit ... dan di kakinya diletakkan dengan begitu banyak emas dan zamrud untuk ditawarkan untuk tuhannya. Ketika di atas rakit pula, dia diiringi dengan empat orang ketua utamanya, dihiasi dengan mahkota, gelang, loket dan subang emas. Mereka juga telanjang dan setiap orang akan membawa tawaran-tawaran yang lain.... apabila rakit tiba di pusat Danau, mereka mengibarkan sepanduk atau bendera sebagai isyarat untuk diam. Kemudian dia akan membuang kesemua timbunan emas ke dalam Danau, dan ketua-ketua yang mengiringinya juga melakukan perkara yang sama..... Selepas itu mereka merendahkan bendera. Kemudian, rakit tersebut mula kembali ke arah pantai, pekikan bermula sekali lagi, dengan seruling, serunai, dan sepasukan besar penyanyi dan penari. Dengan majlis ini,barulah pemerintah baru tersebut diterima, dan dikenali sebagai tuhan dan raja.

Dipercayai bahawa ritual-ritual ini telah dijalankan oleh Muiska dibeberapa buah Danau di wilayah mereka.

Bandar Muiska dan khazanahnya jatuh dengan cepat kepada conquistador. Setelah melihat semula wilayah yang ditakluki, Orang-orang Sepanyol menyadari bahwa — berdasarkan kuantiti emas di tangan Orang-orang India — sebenarnya tidak ada 'golden cities' atau bandar emas, maupun lumbung yang kaya dengan emas, kerana Muiskas memperdagangkan kesemua emas mereka. Tetapi pada masa yang sama, Spanyol mula mendengar cerita-cerita mengenai El Dorado daripada orang india yang ditangkap. Lalu membunuh mereka untuk mengambil alih Danau Guatavita.

Guatavita pada hari ini mempunyai lekuk pada cerun tepinya, peninggalan usaha percobaan mengeringkan Danau tersebut pada 1580.

El Dorado digunakan bagi negeri rekaan dimana emas dan batu permata terdapat dalam jumlah yang banyak. Konsep El Dorado melalui banyak perubahan, dan akhirnya kisah mitos yang lebih awal digabungkan dengan kota lagenda. Kisah El Dorado yang terhasil menarik minat penjajah Eropah selama dua abad, tidak pernah dijumpai, sentiasa hanya dipinggir batas penjajahan.

Pengembaraan paling terkenal dalam pencarian El Dorado dilakukan oleh Francisco de Orellana dan Gonzalo Pizarro (1541), yang menghilir Sungai Napo ke lembah Sungai Amazon sehingga ke deltanya.

Ekspedisi lain termasuk oleh Philipp von Hutten (1541–1545), yang mengetuai kumpulan penjelajah dari Coro persisiran Venezuela; dan Gonzalo Jiménez de Quesada, Governor of El Dorado, yang bermula dari Bogotá (1549).

Sir Walter Raleigh, yang menyambung pencarian dari 1595, menggambarkan El Dorado sebagai kota di Danau Parima jauh di Orinoco di Guayana (hari ini Venezuela). Bandar ini di tasik ditanda di England dan peta lain sehingga kewujudannya dibukti palsu oleh Alexander von Humboldt (1769–1859).

Antara cerita menarik adalah yang dikisahkan oleh leftenan Martinez bawah Diego de Ordaz, yang mendakwa diselamatkan dari kapal pecah, di bawa ke pendalaman di Omoa oleh "El Dorado" sendiri (1531);

@Xenology@kaskus.us

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Ask

powered by Answers.com

Pengikut